Wednesday, July 1, 2009

contoh pendahaluan



pendahuluan

Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi tingkatan tiga bagi tahun 2009. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang BMB di kawasan Kg. Selat, Layang-Layang Kiri dan seterusnya mengenal pasti ciri-ciri BMB di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat potensi BMB kepada kegitan manusia.selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia serta kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mnegurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Akhir sekali melalui kajian ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat kecintaan dan bangga terhadap kawasan kajian. Setelah itu, saya akan membuat perbandingan BMB dengan kawasan Pulau Jawa, Indonesia. Rasional pemilihan Pulau Jawa sebagai perbandingan ialah berdasarkan faktor bentuk muka bumi dan ciri fizikal iaitu terletak di kawasan gunung berapi yang aktif dan subur serta mempunyai banyak sumber yang bernilai yang berpotensi untuk diteroka.
Rasional pemilihan Kg. Selat pula adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tanah pamah yang rata dan sedikit beralun dan merupakan kawasan kelompok pertanian di daerah Perak Tengah, Perak. Terdapat tiga jenis tanaman utama di kawasan ini iaitu sawah padi, kelapa sawit dan juga dusun buah-buahan. Sebahagian besar penduduk kawasan ini turut terlibat dalam pekerja di dalam sektor pertanian sama ada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian penduduk di kawasan ini juga terlibat dengan pekerjaan di dalam sektor lain seperti sektor perkilangan dan pembuatan, sektor perkhidmatan sama ada di dalam sektor kerajaan ataupun swasta serta sektor perniagaan.
Dengan ini saya berpendapat kawasan Kg.Selat mempunyai BMB dan potensi yang unik sama ada dari segi fungsi, sumbangan, kesan, halangan dan sebagainya. Pada masa yang sama penduduk di sekitar kawasan Kg. Selat ini menceburi pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi yang amat berpotensi untuk dimajukan pada masa hadapan dan ini sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat setempat ke arah mencapai taraf hidup yang lebih selesa.

contoh objektif kajian

Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1. Mengkaji bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di Kg. Selat dan dibandingkan dengan Pulau Jawa.
2. Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan penduduk di kawasan Kg.Selat dan perbandingannya dengan Pulau Jawa.
3. Menyenaraikan halangan BMB terhadap kegiatan manusia di kawasan kajian dan perbezaannya dengan Pulau Jawa.
4. Menjelaskan kesan kegiatan manusia di Kg. Selat terhadap alam sekitar dan perbandingan dengan Pulau Jawa.
5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan kajian dan perbandingan dengan Pulau Jawa.
6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga dengan kepelbagaian BMB yang dianugerahi oleh tuhan terhadap kawasan kajian (Kg.Selat).

contoh penghargaan -2-

Penghargaan

Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkkan Kerja Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohammad Zalkornain Bin Haji Jaafar selaku Tuan Pengetua SMK. Layang-Layang Kiri, Parit, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Encik Mohd Suhaimi Bin Mohd Zain sebagai guru geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai pemetaan yang bertugas di Majlis Daerah Perak Tengah kerana telah banyak membantu saya terutamanya dalam membekalkkan maklumat dan peta yang berkait dengan kawasan kajian saya.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung di sekitar kawasan Kg. Selat, Layang-Layang Kiri, Parit, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Dan akhir sekali saya tujukan ucapan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang dan rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu dari segi kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkan kajian ini.


Sekian, Wassalam.

contoh penghargaan 1

PENGHARGAAN

Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pengetua sekolah, Tuan Hj. Mustaffa bin Hj. Shaari yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada
guru geografi saya,En. Vikneswaran kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Geografi.
Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya yang telah dikongsikan bersama.Selain itu, saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit sebanyak memberi maklumat di kawasan kajian saya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.