Thursday, July 16, 2009

FOLIO- bentuk muka bumi di kg temai hulu dan perbandingan di kg thom, Tonle Sap , Kampuchea

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAWASAN KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN



*****************************************************************************



PENGHARGAAN

Alhamdullilah, syukur ke atas illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan
Kerja Kursus Geografi ini. Saya Muhammad Ikhwan Bin Mahamad Redzuan ingin merakamkan
ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Paloh Hinai, Tuan Haji Roslan Bin
Abdullah kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Geografi Encik Tolmizi bin Hamat
kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kajian saya ini.Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya Mahamad Redzuan Bin Zainabidin
dan Meziah Bt Mad Rezali kerana telah memberi sumbangan wang ringgit serta dorongan dan
sokongan dalam menyiapkan kajian saya ini dengan sempurna.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu Abdullah Shidee b Hashim,
Ariff Zulfkrie b Zulkifli dan Syed Aizat Anuar b Syed Mohd Nor atas kerjasama mereka
membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada
semua responden atas kerjasama memberi maklumat kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.


****************************************************************************


PENDAHULUAN

Saya Muhammad Ikhwan Bin Mahmad Redzuan telah membuat tugasan 1 iaitu mengenai
Bentuk Muka Bumi dan Potensinya. Saya telah memilih Kampung Temai Hulu sebagai kawasan
kajian saya.Saya memilih kawasan ini kerana kawasan ini merupakan kawasan yang
menjalankan kegiatan ekonomi pertanian dan perikanan.

Kawasan bandingan saya pula ialah Kampong Thom di Tasik Tonle Sap. Saya dapati ramai di
antara penduduk di kawasan tersebut menjalankan kegiatan perikanan. Kawasan ini juga
merupakan kawasan yang membantu penduduk dalam meningkatankan ekonomi mereka.

Unuk menjalankan kajian ini saya telah membincangkan tentang tajuk yang saya pilih dengan
guru Geografi saya. Saya menjalankan kajian saya ini pada hujung minggu. Kajian ini
dijalankan selama enam bulan iaitu dari bulan Februari hingga bulan Julai. Saya menulis
laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpul secara
berkumpulan. Hasil maklumat yang saya dapat banyak memberi manfaat kapada saya.



*****************************************************************************





OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan :
1) Mengenal pasti Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di Kampung Temai Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea
2) Menghuraikan Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Kampung Temai Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea
3) Menyatakan Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia Kampung Temai Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea
4) Mengenal pasti Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Kampung Temai Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea
5) Menghuraikan Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Kampung Temai Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea
6) Menghargai bentuk muka bumi dan alam sekitar Kampung Temai Hulu dan Kampong Thom di Kampuchea







**************************************************************************





KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kampung Temai Hulu di Pekan, Pahang Darul Makmur.
Pandangan darat fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, klinik jalan raya dan lain-
lain lagi. Lokasinya terletak kira-kira 23 kilometer dari Bandar Pekan. Jika menaiki bas,
tambangnya sebanayk Rm2.50 dan ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke
lokasi.




Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan tanah beralun. Kawasan ini sesuai untuk
tanaman getah dan kelapa sawit. Penduduknya terdiri daripada kaum Melayu. Mereka bekerja
sebagai petani, peniaga, penoreh getah. Ada sebahagian daripada penduduk bekerja sebagai
kakitangan kerajaan seperti guru, kerani dan pegawai.

sertakan bersama :
* peta kawasan kajian
* peta derah
* peta negara bandingan



*****************************************************************************









KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya :

1) Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
2) Soal Selidik – Seramai 20 orang respanden daripada kalangan penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan yang berkaitan tenteng ekonomi.
3) Rujukan – Saya telah mengumpul maklumat tambahan dengan merujuk kepada buku teks Tingkatan 3 dan buku rujukan di perpustakaan serta bahan di internet.









*********************************************************************************






DAPATAN KAJIAN
8.1 Bentuk Muka Bumi dan Cirinya
Kampung Temai Hulu

Tanah Pamah
Tanah ini amat sesuai untuk pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti petempatan dan pertanian.
Tanah yang subur ini digunakansebagai tanah pertanian bagi penduduk setempat.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Saliran
Tasik yang begitu luas memberi manfaat kapada penduduk untuk menjalankan aktiviti perikanan
kerana tasik ini mempunyai sumber protein.

Tanah Pamah
Tanah yang mengelilingi tasik dijadikan kawasan petempatan.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita sepatutnya bersyukur kerana Negara kita mempunyai bentuk muka bumi yang seimbang.




***************************************************************************


8.2Potensi Bentuk Muka Bumi Kepada Kegiatan Manusia dan Pembangunan Kawasan Kajian
Kampung Temai Hulu


Kawasan tanh yang rata memjadikan kos untuk membuat rumah adalah rendah . Kebanyakan
rumah terdiri dari rumah kos rendah dan mampu dimiliki. Kawasan ini juga sesuai dijadikan
tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan sosial.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Kawasan tasik sesuai dijadikan kawasan perikanan kerna terdapat banyak sumber protein.
Kawasan ini juga berpotensiuntuk dijadikan kawasn pelancongan kerana tasik yang indah dapat
menarik ramai pelancong.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita seharusnya melakukan pelbagai perubahan untuk memajukan pelbagai sektor tanpa
mengugat keseimbangan alam sekitar untuk mewujudkan semangat cinta tanah air.




***************************************************************************



8.4 Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia
Kampung Temai Hulu


Tanah pamah yang rendah ini menyukarkan para penduduk pada masa tertentu terutama pada
musim hujan. Ini kerana kawasan ini mudah berlaku banjir. Para penduduk juga sering bersaing
tanah kerana kawasannya yang agak sempit dan terhad.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Sungai di kampong ini akan menyebabkan pencemaran air kerana sungai tersebut digunakan
untuk kegunaan domestik. Selain itu, tasik akan menjadi cetek sekiranya pengguna air yang
banyak oleh penduduk

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita sepatutnya bersyukur dan menghargai alam sekitar yang dikurniakan oleh illahi walaupun
ia menjadi penghalang kerana setiap sesuatu ada hikmahnya.



*******************************************************************************




8.4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kampung Temai Hulu

Kesan daripada kegiatan manusia akan menyebabkan pencemaran air di sungai. Pencemaran ini
berlaku apabila para petani menggunakan racun serangga dan baja untuk meningkatan hasil
pertanian merka. Disamping itu, perubahan pandangan fizikal atau lanskap akan berlaku.
Perubahan ini bertujuan untuk menjadi Kampung Temai Hulu sebagai kampong yang maju.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Kesan daripada kegiatan manusia kawasan ini akan mengalami masalah pencemaran air mentah
yang bersih akibat daripada penggunaan domestik penduduk sekitar tasik. Selain itu, kawasan
pamah sekitar tasik akan mengalami perubahan akibat dijadikan kawasan pelancongan. Kawasan
ini akan didirikan hotel atau chalet untuk dijalankan kawasan pelancongan bagi menarik para
palancong.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita sepatutnya menghargai dan menjaga alam sekitar yang dikurniakan oleh illahi supaya
bangsa dan maruah Negara dipandang tinggi oleh Negara lain.



***************************************************************************


8.5 Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
Kampung Temai Hulu

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara mengadakan
Kempen Pendidikan Alam Sekitar. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada
penduduk akan kepentingan alam sekitar. Selain itu, penguatkusaan undang-undang (Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974) perlu dilakukan. Ini perlu untuk mengawal dan melindungi alam
sekitar daripad terancam.

Kampong Thom,Tasik Tonle Sap

Antara langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhdap alam sekitar ialah
mengadakan Kempen ‘Cintai Sungai’. Kempen ini akn dapat mengelakkan daripada pencemaran
sungai. Di samping itu, perancangan dalam pembangunan tasik perlu untuk memastikan
pembangunan tidak menjejaskan alam sekitar.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Kita sepatutnya mempunyai rasa bertanggungjawab tergadap alm sekitar di sekeliling kita untuk
mengelakkan alam sekitar daripada tercemar.


*********************************************************************************

BAHAN GRAFIK

tajuk : jenis jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian mngikut jantina

* buat dalam bentuk jadual


Graf 1: Jenis –jenis sektor pekerjaan mengikut jantina

*daripada jadual, bina graf bar atau carta pai

*************************************************************************************

RUMUSAN

Kesimpulannya, saya berasa bangga menjadikan warganegara Malaysia kerana Negara kita
dianugerahi bentuk muka bumi yang mempunyai pelbagai sumber alam. Setelah membuat kajian
ini saya dapat merasai dan menghayati kepentingan ekonomi yang dijalankan terhadap
pembangunan Negara.Saya juga dapat mengetahui kegiatan ekonomi di kawasan setempat yang
memberi sumbangan kepada Negara. Akhir kata, saya berharap kawasan yang saya duduki akan
lebih maju dan pesat pada masa hadapan.

*********************************************************************************

Penilaian Umum

Saya merasakan projek Kajian Geografi Tempatan(KGT) ini perlu dilakukan lagi pada masa
hadapan. Ini kerana pelajar akan dapat mengetahui ilmu untuk menghasilkan kajian. Selain itu
juga saya berharap agar kajian ini dijalankan awal untuk memudahkan para pelajar menjalankan kajian.


************************************************************************************

RUJUKAN

1) Mohd Jamil bin Mohammad, 2004, Geografi Tingkatan 3, Johore Central Store Sdn. Bhd
2) Khaw Ah Seng, 2007, Success Geografi PMR, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3) www.scribd.com
4) www.googlemaps.com
5) Ali bin Omar, Ketua Kampung Temai Hulu

3 comments:

  1. adik ikhwan,tahniah atas kerja anda. tolong sampaikan salam saya pada ayah awak cikgu Mad Duan kawan lama saya masa saya mengajar di smk paloh hinai dulu (1982 hingga 1990)minta dia hubungi saya melalui email saya: lt.cdr.abau.endin.boon.rmnvr@gmail.com

    ReplyDelete
  2. bg0sla ko punye folio

    ReplyDelete
  3. puiihh.. siapakah yang ambil folio ini tanpa kebenaran??? dunia, dunia.. huhu.. semoga menjadi rujukan untuk semua,, :)

    ReplyDelete