Thursday, June 25, 2009

contoh folio (3)


TAJUK : CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA DI
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG, MALAYSIA DENGAN
PERBANDINGANNYA DI NEGARA MEDAN, INDONESIA.

GURU PENILAIAN :

SKOR : /50


1 Bentuk muka bumi dan cirinya

a) Tanah tinggi
Di daerah Bukit Mertajam terdapat bentuk muka bumi yang bercirikan tanah tinggi. Bentuk muka bumi yang bercirikan tanah tinggi terdapat di daerah Bukit Mertajam iaitu di Hutan Lipur Bukit Mertajam di daerah Cherok To'kun.

b) Tanah pamah
Bentuk muka bumi yang bercirikan tanah pamah juga menyerupai bentuk muka bumi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Di kawasan Bukit Mertajam terdapat tanah pamah yang boleh dilihat di kawasan Permatang Rawa, Taman Pauh Jaya, Kampung Masjid Timah, Kampung Belah Dua, Perda dan sebagainya.

c) Saliran
Saliran juga adalah salah satu ciri bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Bukit Mertajam. Bentuk muka bumi yang bercirikan saliran dapat dilihat di kawasan Mengkuang. Ia lebih dikenali dengan Empangan Mengkuang. Saliran seperti sungai juga dapat dilihat di Sungai Perai.



Negara yang Dibandingkan ialah Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Negara Medan terletak di Pulau Sumatera, Indonesia. Pulau Sumatera terletak di bahagian barat gugusan kepulauan Indonesia. Medan bersempadan dengan Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, timur, dan selatan manakala Selat Melaka di sebelah utara. Kota Medan mempunyai keluasan sebanyak 265, 10 km2 dengan jumlah penduduk kira-kira 1.899.327 orang.
Tanah tinggi yang dimaksudkan itu adalah Bukit Barisan di Medan yang membujur dari utara hingga selatan. Hanya sedikit sahaja wilayah dari pulau ini yang boleh digunakan untuk petanian.padi. Antara gunung-gunung berapi yang hingga kini masih aktif adalah Gunung Merapi di Sumatera Barat manakala Bukit Kaba di Bengkulu.


Nilai dan Unsur Patriotik

Alhamdulillah dengan tiadanya bencana alam di Malaysia, kita dapat meneruskan aktiviti harian kita dengan mudah. Tidak seperti di Negara Indonesia, apabila bencana alam berlaku contohnya gunung berapi meletus, semua tanaman dan aktiviti harian mereka akan musnah dan tergendala


2 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan
pembangunan kawasan kajian.


a) Tanah tinggi

Terdapat Hutan Lipur yang bercirikan tanah tinggi di kawasan Cherok To'kun, Bukit Mertajam. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak di sebelah timur Pulau Pinang. Jarak hutan lipur dari Bandar Bukit Mertajam adalah 6 kilometer. Keluasan hutan lipur itu kira-kira 37 hektar. Ketinggiannya adalah 545 meter dari aras laut. Udara bukit yang sejuk mengalakkan pertumbuhan paku-pakis, epifit, bunga-bunga hutan, rama-rama, burung serta serangga yang biasanya tidak ditemui dikawasan tanah pamah.
Pada hari ini hutan lipur itu sudah terkenal dan berjaya menarik perhatian banyak pelancong tempatan mahupun pelancong asing untuk berkunjung ke sana. Di hutan lipur itu terdapat kemudahan untuk pelancong seperti chalet, cafe dan teh spa. Para pelancong boleh menikmati keindahan dan kesegaran di dalam hutan lipur itu.


b) Tanah pamah

Didaerah Bukit Mertajam terdapat kawasan tanah pamah yang boleh dijumpai. Terdapat kawasan tanah pamah yang dijadikan sebagai petempatan manusia, contohnya di Taman Pauh Jaya iaitu tempat kediaman saya sendiri. Terdapat beberapa kemudahan disediakan berdekatan dengan petempatan itu contohnya kedai serbaneka, kedai makan, dan pusat pendidikan seperti Sekolah Menengah/Rendah Pauh Jaya, Univesiti Teknologi Mara (UiTM), dan Politeknik.
Kawasan tanah pamah di Bukit Mertajam juga dijadikan sebagai kawasan perindustrian. Salah satu perindustrian yang dijalankan ialah perindustrian membuat rempah kari. Produk itu lebih dikenali dengan nama Alagapa. Industri itu sangat terkenal di Malaysia. Selain itu, terdapat juga kilang pemprosesan sos kicap di Kampung Baru, Bukit Mertajam.
Dikawasan tanah pamah juga dijadikan sebagai kawasan pertanian. Contohnya di Kampung Belah Dua. Kita dapat melihat bahawa dikawasan itu terdapat penanaman sawah padi.



c) Saliran

Kawasan saliran di Bukit Mertajam yang dapat kita lihat adalah di Empangan Mengkuang. Empangan Mengkuang Bukit Mertajam terletak di dalam daerah Seberang Perai Tengah, lebih kurang 28 km dari bandar Butterworth. Empangan itu siap dibina pada tahun 1985 dan merupakan empangan yang paling besar di Pulau Pinang dengan kapasiti 23.6 billion liter air.
Empangan itu juga menjadi sumber nadi utama membekalkan air di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Empangan itu digunakan untuk kegunaan domestik.




Negara yang Dibandingkan ialah Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

a) Tanah tinggi

Bukit Barisan merupakan kawasan tanah tinggi. Taman Nasional Bukit Barisan Selatan adalah sebuah taman nasional yang ditujukan untuk melindungi hutan hujan tropis pulau Sumatera beserta kekayaan alam yang dimilikinya. UNESCO menjadikan Taman Nasional Bukit Barisan Selatan sebagai Warisan Dunia. Bukit Barisan juga merupakan tempat pelancongan yang terkenal. Selain itu, Bukit Barisan merupakan tumpuan petempatan penduduk di sana.

b) Tanah pamah

Kawasan tanah pamah di Medan kebanyakkannya dijadikan sebagai kawasan petempatan. Hal ini disebabkan negara Medan merupakan penduduk padat. Selain itu di Sumatera Utara, Medan sangat kaya dengan hutan semulajadinya. Masyarakat disana juga tidak terlepas memanfaatkan hasil hutan mereka. Mereka menjalankan beberapa kegiatan pembalakan sambil megawal dan memelihara hutan itu. Terdapat taman negara yang terkenal di sana dan menjadi tarikan pelancong seperti di Taman Negara Batang Gadis.

c) Saliran

Kawasan saliran di Medan adalah di Danau Toba. Saliran merupakan nadi utama kepada penduduk Medan. Danau Toba juga merupakan tarikan pelancong dan memainkan peranan yang sangat penting disana.



Nilai dan Unsur Patriotik

Saya sebagai rakyat Malaysia sangat bersyukur dan berasa amat bertuah kerana dapat menikmati keindahan, kemakmuran, dan keamanan di negara seperti Malaysia ini. Malaysia mempunyai pelbagai keadaan bentuk muka bumi. Alhamdulillah, kita mendapat banyak keuntungan dengan keadaan bentuk muka bumi yang pelbagai ini.
Saya berasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya sebagai seorang belia berasa bertanggungjawab untuk memelihara Malaysia tidak kira dari sudut apa pun untuk mengekalkan keamanan, kesejahteraan, dan keindahan Malaysia yang tercinta ini.


3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.


Tanah Pamah

Kawasan Kampung Masjid Timah iaitu berdekatan dengan Taman Pauh Jaya merupakan kawasan yang mudah banjir. Kawasan itu menerima hujan yang agak kerap dan kadar yang tinggi. Oleh sebab itu juga, berlakunya gelinciran tanah. Kandungan air dalam tanah yang banyak telah melemahkan struktur tanah dikawasan itu.


Negara yang Dibandingkan ialah Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Tanah pamah

Di Negara Medan, Indonesia, mempunyai gunung berapi yang akan menyebabkan letusan gunung berapi. Kejadian letusan gunung berapi akan menimbulkan banyak masalah. Kejadian letusan gunung berapi yang masih hidup akan menghalang aktiviti penduduk tempatan. Contohnya kepada petani-petani disana, kebun-kebun mereka akan musnah akibat letusan gunung berapi itu. Selain itu, kita dapat gambarkan dengan gegaran yang berlaku di Malaysia. Walaupun pada skala yang agak sederhana sahaja tetapi ia sudah mampu membantutkan aktiviti penduduk di Malaysia.


Nilai dan Unsur Patriotik

Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah memelihara Negara Malaysia dari segi apa pun. Kita juga hendaklah tahu menilai dan mencintai Negara Malaysia ini. Sewlain itu, kita juga dapat lihat kemkmuran di negara kita berbanding dengan Negara yang lain.


4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar.


Pencemaran Udara

Bukit Mertajam merupakan kawasan perindustrian. Terdapat kawasan perindustrian yang lain berdekatan dengan Bukit Mertajam iaitu kawasan Juru dan Perai. Bukit Mertajam juga merupakan kawasan petempatan manusia dan mempunyai penduduk yang padat. Aktiviti-aktiviti kilang banyak memberi keburukkan kepada penduduk disana. Aktiviti-aktiviti kilang akan melepaskan asap hitam yang agak bahaya kepada pernafasan manusia dan asap hitam itu akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarahan yang toksik atau radioaktif dalam atmosfera.


Banjir

Selain itu, masalah banjir adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh beberapa penduduk di kawasan Bukit Mertajam. Antara kawasan yang mudah berlakunya banjir adalah di kawasan Permatang Rawa dan kawasan Kampung Masjid Timah. Banjir dikawasan itu kerap berlaku terutamanya ketika hujan lebat. Banjir adalah peristiwa terbenamnya daratan (yang biasanya kering) kerana isipadu air yang meningkat.


Negara yang Dibandingkan ialah Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Pencemaran Udara

Negara Medan, Indonesia merupakan kawasan hutan yang dipenuhi pokok-pokok. Disana juga sering berlakunya pembakaran hutan. Pencemaran udara juga akan menyebabkan jelebu. Keadaan yang berjelebu akan membahayakan manusia terutamanya kepada pengguna jalan raya. Selain daripada itu, pencemaran udara terjadi daripada letusan gunung berapi. Gunung berapi yang masih hidup, akan mengeluarkan asap walaupun letusan belum berlaku lagi.


Peningkatan Suhu

Pembakaran hutan secara berluasa bukan sahaja mencemarkan udara sekitarnya malah peningkatan suhu juga terjadi. Apatah lagi dengan peningkatan aktiviti pembangunan dan petempatan di Negara Medan ketika ini. Kawasan hutan juga ditebang dan dijadikan petempatan manusia. Hal ini juga yang menyebabkan peningkatan pemanasan global dikawasan ini.


Nilai dan Unsur Patriotik

Kita sebagai manusia hendaklah sayang dan cinta akan bumi kita yang satu ini. Jadi, janganlah cemarkan bumi ini. Kita hendaklah melakukan beberapa tindakan untuk mengatasi kesan-kesan negatif terhadap bumi ini.


5 Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar.

Masalah Pencemaran Udara

Kita boleh menggunakan alat 'Wet Scrubber' untuk mengurangkan pencemaran udara yang dihasilkan dari kilang-kilang. 'Wet Scrubber' merupakan alat yang paling ketara digunakan dalam industri besar mahupun kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair.

Masalah Banjir
Oleh kerana Permatang Rawa kerap mengalami banjir, beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk mengurangkan masalah banjir disitu. Langkah yang pertama yang perlu dilaksanakan adalah mendalamkan sungai yang ada di Permatang Rawa.



Negara yang Dibandingkan ialah Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Masalah Pencemaran Udara

Antara langkah yang perlu dilaksanakan dengan masalah pencemaran udara adalah penguatkuasaan undang-undang. Kebakaran hutan yang berleluasa menyebabkan pencemaran udara yang agak serius berlaku. Pencemaran udara itu berlaku bukan sahaja di Indonesia, malah negara-negara jiran lain juga terlibat.

Masalah Peningkatan Suhu

Masalah peningkatan suhu dapat diatasi dengan beberapa cara. Antaranya adalah melalui kempen. Melalui kempen, ia dapat mempengaruhi orang ramai untuk mengamalkan, mengetahui dan mempelajari sesuatu mengenai alam sekitar.

Nilai dan Unsur Patriotik

Setiap kekurangan mesti ada penyelesaian atau langkah untuk mengatasinya. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan setiap langkah penyelesaian itu untuk hidup dengan sihat dan aman.



ini adalah antara bentuk muka bumi medan. indonesia......

3 comments:

  1. eh thanks you very much.. :D

    ReplyDelete
  2. wait...so you live at taman pauh jaya..
    haha sma la kita..sy pon ..

    ReplyDelete