Thursday, June 25, 2009

kaedah kajian

petua untuk menulis kaedah kajian


Kaedah kajian Tugasan 1
Kaedah kajian adalah cara yang pelajar guna untuk mengumpul maklumat mengenai objektif kajian. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengumpul maklumat seperti
1. Kaedah Pemerhatian
2. Kaedah Soal Selidik
3. Kaedah Temubual
4. Kaedah Rujukan

Maklumat yang dikumpul mestilah berguna untuk menulis laporan kajian. Kaedah mana yang kita nak guna bergantung kepada maklumat yang kita nak cari.

Kaedah pemerhatian
Bagi Tugasan 1, bentuk muka bumi pula, kita boleh guna cara pemerhatian. Saya pasti kita akan nampak agak janggal jika kita tanya responden tentang bentuk muka bumi, sedangkan kita sendiri boleh perhatikannya sendiri.

Kaedah Rujukan
Buku teks boleh digunakan jika kita hendak mencari maklumat tentang potensi bentuk muka bumi di negara pulau jawa, indonesia. Bagi peta negara ini pula, kita boleh ambil dari buku teks atau download dari internet. Untuk peta daerah pula, kita boleh ambil dari Jabatan Penerangan. Peta kawasan kajian boleh didapati dengan download dari google earth / google map. Ingat: hanya peta kawasan kajian yang kita download itu perlu dilukis semula.

Kaedah soal selidik
Biasanya saya akan membantu pelajar "mereka-bentuk" soalan soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari dari buku atau internet. Pelajar boleh meminta responden mengisi borang soal selidik membolehkan data dikumpul, dirumuskan, kemudian memproses menjadi graf atau carta pai. Bilangan responden perlulah lebih daripada 3 org Jika bilangan responden kurang, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar (not representative). Soalan yang boleh ditanya dalam borang soal selidik ialah seperti:
(a) nama responden
(b) jantina
(c) umur
(d) jenis pekerjaan
(e) pendapat mereka tentang ... (potensi bentuk muka bumi, halangan bentuk muka bumi dsb)
Klik SINI untuk **Contoh Borang Soal Selidik

Temu bual
Temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat yang lebih terperinci tentang kawasan kajian. Contohnya, jika kita hendak tahu lebih terperinci tentang masalah yang dihadapi di sesuatu kawasan atau program yang dilaksanakan oleh kerajaan atau penduduk tempatan untuk mengatasi sesuatu masalah, mungkin cara temu bual lebih sesuai. Sebagai contoh, masalah banjir pernah berlaku di kawasan Kuching. Kita boleh temubual penduduk yang tinggal agak lama di kawasan kajian, tentang tahun bilakah banjir yang paling teruk pernah berlaku? Air banjir naik sampai paras mana? Bagaimana keadaaan sewaktu itu? Adakah diisytiharkan darurat dsb? (untuk pengetahuan anda: Jerebu pada tahun 1997, darurat diisytiharkan di Kuching).

Soal temubual perlu disertakan di lampiran, membolehkan penilai tahu apa soalan yang ditanya. Maklumat yang dikumpul biasanya berupa maklumat kualitatif, seperti tanya tentang pendapat, perasaan, cadangan dsb.

Saya berharap pelajar dapat menggunakan kaedah yang betul semasa menjalankan kajian kerja kursus ini. Selamat mencuba.


Cara menulis Rumusan Tugasan 1
Rumusan merupakan ringkasan daripada Dapatan Kajian, iaitu objektif kajian kita. Perbincangan perlulah dikaitkan dengan 6 objektif kajian yang digariskan.

Contoh:
Kawasan kajian saya, XXX, mempunyai (bentuk muka bumi apa) manakala negara yang dibandingkan, negara YYY, mempunyai (bentuk muka bumi apa). Bentuk muka bumi XXX menggalakkan pembangunan (kegiatan a) dan (kegiatan b) dan kawasan ... di negara YYY pula berpotensi dibangunkan untuk (kegiatan c) dan (kegiatan d). Walau bagaimanapun, bentuk muka bumi XXX juga mempunyai halangan dari segi (halangan 1) dan (halangan 2). Begitu juga dengan bentuk muka bumi YYY yang menghalang (halangan 3) dan (halangan 4). Kesan daripada kegiatan (a) di kawasan XXX ialah (Kesan P). Kesan P boleh diatasi dengan (langkah W). Kesan daripada kegiatan (b) pula diatasi dengan (Langkah X). Di negara YYY, kesan kegiatan (c) diatasi dengan (Langkah Y) dan kesan kegiatan (d) boleh diatasi

No comments:

Post a Comment