Thursday, June 25, 2009

contoh folio (2) bentuk muka bumi

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS SHAH II, GERIK PERAK.


BENTUK MUKA BUMI DI KAMPUNG KENAYAT DIBANDINGKAN DENGAN
THAILAND


NAMA : NURAMIRAH BT AZID

NO. I/C :941224-10-5528

NAMA GURU :ENCIK ABD AZIZ B ARSHAD


Tajuk: Bentuk muka bumi dan potesinya di Kampung Kenayat dibandingkan dengan Thailand.





BI L. ISI KANDUNGAN

01 Penghargaan
02 Pendahuluan
03 Objektif Kajian
04 Kawasan Kajian
05 Kaedah Kajian
06 Dapatan Kajian
07 Rumusan
08 Lampiran
09 Rujukan


PENGHARGAAN


Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan
kerjasama daripada beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan kepada pengetua sekolah, Puan Hajjah Hasmah Bt Hashim yang telah
memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga mengucapkan
terima kasih kepada guru geografi saya, Encik Abdul Aziz B Arshad kerana telah sudi
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Geografi.

Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat. Ucapan terima kasih juga saya
tujukan kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar, cadangan
dan bantuan kepada saya yang telah dikongsikan bersama. Selain itu, saya juga ingin
mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit sebanyak
memberi maklumat di kawasan kajian saya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.


PENDAHULUAN


Saya Nuramirah Bt Azid. Saya murid Tingkatan 3RKGS Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Idris Shah2, Gerik. Guru geografi saya iaitu Encik Aziz B Arshad telah member
masa selama tiga bulan untuk menyiapkan kajian ini. Tajuk kajian saya ialah potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk Kampung Gerik dan perbandingannya denganThailand. Saya telah mengambil masa selama 1 minggu untuk menyiapkan folio ini. Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi di bandar ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sumbangan dan potensi pelbagai bentuk muka bumi di Kampung Gerik terhadap aktiviti penduduk tempatan. Saya juga dapat membezakan keistimewaan dan kelebihan Kampung Gerik dengan negeri negara jiran iaitu Thailand.


OBJEKTIF KAJIAN


Saya mengkaji Bentuk Muka Bumi Kampung Binjai Rendah di bandingkan dengan Thailand.

Antara objektif kajian saya:


1. Mengkaji bentuk muka bumi dan cirinya
2. Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manuasia
3. Mengenalpasti halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia
4. menerangkan kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
5. Menerangkan langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
6. Bersyukur penduduk dapat menjalankan pelbagai pekerjaan di kawasan kajian saya.


KAWASAN KAJIAN


Dalam kajian ini saya telah memilih Kampung Kenayat yang terletak
di sepanjang jalan Gerik ke Ipoh. Kawasan ini terletak di daerah Gerik iaitu daerah
yang masih mengekalkan konsep kehijauan. Ia bertujuan untuk memelihara
spesis flora dana fauna dari kepupusan. Kawasan yang saya kaji merangkumi kawasan
perumahan dan sekelilingnya. Hal ini memudahkan kajian saya berjalan dengan
lancar. Kawasan ini menempatkan pelbagai kemudahan untuk kemudahan para
penduduk kampung. Keamanan dan keselesaan Kampung Kenayat menyebabkan ramai
orang memilih untuk mendiami kawasan ini. Kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air
dan kedai-kedai turut memainkan peranan dalam usaha memajukan kawasan
kampung. Jarak kampung ini kebandar yang terdekat ialah kira-kira 8 km dan mengambil
masa selama 20 minit.




Kaedah kajian


Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah :

• Kaedah Pemerhatian
= Saya memerhati bentuk muka bumi dan faktor-faktor penarik
ataupun penolak yang mempengaruhi aktiviti penduduk Kampung Kenayat dan perbandingannya dengan Thailand.

• Kaedah Rujukan
= Saya telah menggunakan kemudahan teknologi masa kini iaitu internet untuk
mengumpul maklumat tentang Thailand sebagai negara perbandingan dalam kajian saya.

•Kaedah temu bual
=Saya telah menemubual beberapa penduduk kampong untuk mendapatkan data-data
yang lebih formatif agar dapat menyiapkan kerja kersusu in dengan
lebih baik dan mantap.


Dapatan kajian


8.1 Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya Kampung kenayat


Kawasan tanah tinggi :

Tanah tinggi atau kawasan berbukit merupakan salah satu bentuk muka bumi yang terdapat di
Kampung Kenayat. Kawasan tanah tinggi yang terdapat di kawasan ini membentuk
panaroma yang indah. Pelbagai aktivti dilakukan oleh penduduk kampung. Antaranya,
berburu hasil hutan atau mencari kayu-kayan dan pelbagai tanaman herba untuk kesihatan.
Peratusan hidupan liar di kawasan ini juga rendah disebabkan oleh kemajuan yang semakin
membangun oleh penduduk. Kawasan tanah tinggi ini juga merupakan kawasan tadahan air
hujan dan jenis tanah yang ada di kawasan ini adalah tanah jenis laterit manakala batuan
yang terdapat disini pula ialah batuan jenis Igneus, Granit, Batu kelikir dan lain-lain lagi.
Disini juga terdapat cerun bukit yang landar.

Tanah pamah:

Tanah pamah yang rendah dan rata adalah sangat sesuai untuk petempatan, pertanian dan
perindustrian. Atau juga dikenali sebagai dataran ini merupakan kawasan tanah rendah dan
beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. Penduduk kampung sering melakukan pelbagai aktivti seperti bertani.

perbandingan dengan BMB Thailand


Kawasan tanah tinggi :

Di Thailand, kawasan tanah tinggi terdapat di punca sungai Menam Chao Praya. Malah di
kawasan Phu Singh, Kalasin Province, Phu Phrabard, Udon Thani Province,
Phu Kao-Phu Phan Kham, Khon Kaen Province, dan di wilayah Loei juga merupakan
Kawasan tanah tinggi yang sering mengalami musim hujan dan winter. Ianya berbukit-bukau
dan terletakdi kawasan yang subur.

Tanah pamah:

Di Thailand, kawasan tanah pamah terdapat di sekitar Bangkok. Bangkok telah maju sebagai
pusat bandar yang progresif dan ianya salah satu bandar terbesar di Thailand. Ia juga salah
satu pusat pelancongan yang terpenting dan kemajuannya mampu menandingi Negara
Singapura dan Hong Kong. Ianya juga dimajukan untuk menampung bilangan penduduk
yang semakin bertambah.

Saliran :

Sungai Chao Phraya dan Sungai Tha Chin terletak sebelah menyebelah, mengalir ke
Teluk Thailand. Kawasan ini banyak pulau-pulau akibat pembentukan terusan (khlong).
Mendapan tanah liat aluvium dari hulu menyebabkan tanahnya subur untuk ditanam dengan padi sawah. Padi sawah yang dikeluarkan oleh petani Thailand terkenal bermutu tinggi, sedap, bera , bersaiz panjang dan wangi. Oleh itu Thailand mampu mengeksport padi ke seluruh dunia
terutama ke Malaysia dan Singapura.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Nilai yang terdapat pada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya bersyukur kerana telah menjadi warganegara Malaysia kerana kita mempunyai bentuk muka bumi yang seimbang.


8.2 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian.

Kampung kenayat


Kawasan tanah tinggi:
Kawasan tanah tinggi di kampung kenayat banyak memberi faedah kepada penduduk.
Mereka boleh mengusahakan pelbagai kegiatan seperti pertanian. Pokok durian adalah antara
pokok yang ditanam secara meluas oleh penduduk. Disini, sumber-sumber seperti sumber
makanan, air dan tempat perlindungan bagi kehidupan fauna masih dipelihara.

Kawasan tanah pamah:
Kawasan tanah pamah di kampung ini dijadikan petempatan utama penduduk. Ini kerana
tanahnya yang rata membuatkan kos untuk membina tempat tinggal adalah rendah. Kira-kira
60 buah rumah terdapat di kampung ini. Jenis-jenis kebanyakan rumah ini adalah kos rendah
dan rumah kayu mampu dibina untuk didiami. Bekalan elektrik juga disalurkan untuk
kemudahan penduduk menjalani kehidupan seharian untuk mengelakkan dari kesukaran pada
waktu malam memandangkan kampung ini terletak sepanjang jalan Gerik ke Ipoh.
Kemudahan yang lain seperti perkhidmatam awan juga diadakan. Ianya memudahkan para
penduduk berulang-alik ke sekolah ataupun pusat Bandar. Sekolah menengah yang
berhampiran seperti MRSM Bukit Nasah dibina membuktikan kemajuan dalam pendidikan.
Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan pertanian. Tanam-tanaman yang sesuai
ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi. Kawasan tanah
pamah juga sesuai dijadikan tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan-kemudahan sosial.
Kemudahan social yang disediakan ialah seperti tempat perhentian bas dan satu lagi yang
dibina oleh kerajaan ialah Dewan Orang Ramai Kampung Kenayat. Kawasan tanah pamah
juga dibangunkan untuk membina sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hamidiah Kampung
Kenayat. Dengan masjid ini penduduk lebih senang untuk mengerjakan solat berjemaah dan
solat jumaat tanpa bersusah untuk ke masjid yang lebih jauh.


Thailand


Kawasan tanah tinggi:

Di Thailand, kawasan tanah tingginya berpotensi untuk memajukan sebagai pusat
pelancongan. Kawasannya yang sejuk dan selalu hujan membuatkan ianya satu tempat
pelancongan yang terkemuka seperti di gunung Phu Singh Kalasin Province,
Phu Phrabard Udon Thani Province, dan di Phu Kao-Phu Phan Kham Khon Kaen Province.
Pemandangan yang indah juga menarik para pelancong untuk datang. Bagi pelancong yang
menyukai aktiviti lasak selalu datang ke sini untuk mengembara. Majoriti pergunungan disini
terdiri daripada gunung batu granit dan batu kapur yang terbentuk stalaktik dan stalagmit
didalam nya. Malah para penkaji juga datang kesini. Ini keran, iainya kaya dengan tempat yang
bersejarah seperti di Gunung Phu Phrabard. Ianya berkaitan batu-batu yang terdapat disana. Ini kerana, batu-batu tersebut berada dalam kedudukan yang agak menarik. Mengikut fakta sejarah, terdapat banyak kisah dongeng yang masih belum dipastikan kesahihannya. Kawasan tanah tinggi ini juga diwartakan untuk menjadi tempat perlindungan flora dan fauna.

Tanah pamah:

Potensi tanah pamah di Thailand amat membangun. Di Bangkok saja terdapat banyak tempat
untuk destinasi pelancongan.
HOTEL: Bel Aire Princess
Dazzling temples: Wat Arun

Wat Mahathat
Bangkok market: Patpong Night Market
Shopping malls: Siam Paragon

Gaysorn
Amarin Plaza
Pusat hiburan: Bangkok Say Nightlife

Go go Bars

Tanah pamah di Bangkok merupakan pusat Bandar Thailand. Disana terdapat Baiyoke Towerll
iaitu bangunan yang tertinggi di Thailand. Malah terdapat juga di sesetengah kawasan
mengamalkan pertanian. Kemajuannya dalam sektor pertanian membuatkan Negara Malaysia
sendiri mempelajari keadah-kaedahnya dari Thailand. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed telah melawat Negara Thailand dan mendapati rakyat Negara kita perlu mencontohi dari segi kesungguhan, ketekunan dan kegigihan rakyat Thailand.

Pertanian::::

* Rakyat Thailand mengamalkan konsep pertanian berskala besar yang menyumbang kepada faktor kejayaan mereka untuk muncul sebagai pesaing di peringkat antarabangsa.
memajukan sektor pertaniannya sehingga menjadi antara negara pengeluar hasil pertanian utama Dunia.

* Ladang Tenusu ChokChai. Ia bukan sekadar sebuah ladang, malah diiktiraf institusi perladangan
tenusu persendirian yang amat berjaya dan satu daripada ladang tenusu yang paling canggih di Asia Tenggara. Dengan keluasan kira-kira 3,200 hektar dan terletak 155 km dari Bangkok, ia memberi pengunjung satu pengalaman berada dalam kehidupan di alam semula jadi. Ia sebuah ladang yang lengkap, mempunyai tanamam rumput dan jagung sendiri untuk ternakannya, malah mempunyai simpanan rumput ternakan. agro-pelancongan yang menjalankan aktiviti pertanian seperti ternakan lembu tenusu dan lembu daging untuk kegunaan tempatan. Kawasan ini juga dibuka kepada orang ramai bagi tujuan pembelajaran. Dengan tenusu sebagai asas kegiatan perniagaan, ladang ini telah memperluaskan bidang kegiatannya seperti pelancongan, hospitaliti, peruncitan, dan khidmat perundingan. Ia mempunyai jabatan penyelidikan dan pengembangannya sendiri untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran dari ladang dan binatang ternakannya. Ladang tenusu Chokchai adalah ladang pertama di Thailand yang mengeksport ternakan tenusunya ke Malaysia, Laos dan Vietnam.

*PASAR BORONG PERTANIAN
Begitu juga dengan Talaad Thai, pasar borong pertanian bersepadu utama di Thailand yang beroperasi 24 jam. Didirikan pada 1995 dan diuruskan oleh Thai Agro Exchange Co. Ltd, ia adalah pusat pengedaran bagi produk pertanian tempatan dan luar negara.
Terletak di kawasan seluas 80 hektar, pasar ini boleh memuatkan 15,000 metrik tan hasil pertanian sehari dan mempunyai ruang untuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan hasil laut, tanaman, bunga dan makanan kering. Pasar ini menempatkan segala produk pertanian, ternakan dan perikanan yang dihasilkan petani dari seluruh Thailand, malah juga produk pertanian dari luar negara, untuk proses jual-beli yang sistematik. Pasar ini merupakan sebuah pusat perdagangan produk pertanian termoden dan terbesar di Thailand dan Asia.


*PROJEK DIRAJA CHITRALADA

Manakala projek pertanian Chitralada adalah unik kerana ia dipercayai menjadi projek yang pertama seumpamanya di dunia diilhamkan oleh keluarga diraja. Projek ini mengambil tempat di Chitralada Palace, yang menjadi kediaman Raja Bhumibol Adulyadej sejak 1961, telah menjalankan pelbagai aktiviti sebagai kajian untuk peningkatan mutu dan hasil pertanian sesuai untuk diamalkan oleh petani. Projek ini hasil keprihatinan istana untuk mengatasi masalah pertanian yang menjadi tulang belakang ekonomi rakyat negara itu. Maka tidak hairanlah jika Istana Chitralada ini merupakan satu satunya istana raja di dunia yang dikelilingi oleh bendang, ladang tenusu, kolam ikan dan puluhan kilang, termasuk bagi pembuatan lilin, minuman dari buah-buahan dan sayur-sayuran, roti, kertas dan buah-buahan dalam tin. Apa yang istimewa mengenai projek ini ialah setiap kegiatan yang dijalankan mendapat perhatian daripada Raja Bhumibol secara peribadi. Sesuatu yang menarik mengenai projek diraja ini ialah tidak ada sisa terbuang yang dihasilkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Misalnya, jika padi diproses menjadi beras, sekamnya pula tidak dibuang begitu saja dan dijadikan bahan bakar. Malah kreativiti mereka nyata terserlah apabila minyak masak terpakai juga dihasilkan menjadi sabun dan lilin. Sememangnya, masih banyak yang perlu dilakukan Malaysia jika ingin menjadi satu daripada pemain utama dalam sektor pertanian, apatah lagi untuk menjadi pengeluar bahan makanan utama dunia. Namun, sebagaimana yang telah dibuktikan Thailand, sesukar manapun ia, dengan komitmen dan kesungguhan, tidak mustahil Malaysia mampu mencontohinya. Ia hanya memerlukan komitmen dan ketabahan untuk berjaya.


Perindustrian ::::

Tanah pamah di Thailand juga berpotensi untuk dimajukan dalam sector perindustrian. Contohnya: Kilang yang beroperasi dibawah nama Cratco Ltd yang terletak di Rayong kira-kira 100 miles diluar Bangkok dan mempunyai pelanggan di seluruh dunia. Ia salah sebuah kilang yang terkenal dan kemajuannya menempatkan diantara pasaran dunia. Ia menjual pelbagai produk seperti kopi grinder, coffee grinder, coffee & tea grinder, hot powdered beverages, cold drink dispenser dan frozen beverages. Malah di Bangpakong yang juga terletak luar Bangkok adalah salah satu kilang terkenal dengan konsepnya. Konsepnya yang unik iaitu untuk menguruskan alam sekitar di Thailand.

Saliran:

Sungai Chao Phraya atau "Menam Chao Phraya" adalah sungai terpanjang dan terpenting di
negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke
Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao Phraya atau 'Basin Chao Phraya'. Bangkok pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini.
Pegairan dan kegunaan domestik:Tebing sungai menjadi daya tarikan untuk penduduk bersawah padi dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Para penduduk amat bergantung kepada sungai ini.

Eko-pelancongan::::::
Terdapat pelbagai daya tarikan di sepanjang sungai ini. Pasar terapung di sungai ini menjadi
daya tarikan pelancong. Kota purba Ayuthayya terletak di tepian sungai. Air pasang, limpahan
air hujan dan kawasan air sawah padi dilakukan oleh pintu terusan.

Nilai dan patriotisme

Kita seharusnya melakukan pelbagai perubahan untuk memajukan pelbagai sektor di Negara kita tanpa menggugat keseimbangan alam sekitar untuk menunjukkan cinta terhadap Negara. Malah kita perlulah bersatu bersama untuk menerapkan nilai dan akhlak mulia dalam setiap rakyat. Kita juga perlu mengambil iktibar dan contoh dari Negara lain tanapa mengubah budaya kita.

8.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

Kampung Kenayat

Tanah tinggi:

Tanah tinggi di kampung ini menyukarkan para penduduk untuk melakukan pelbagai kegiatan.
Namun terdapat juga kegiatan yang dijalankan. Antaranya ialah dalam sektor perindustrian.
Terdapat segelintir penduduk yang menanam pelbagai jenis tanaman seperti pokok durian,
Manggis dan cempedak. Kedudukannya yang agak terpencil menyukarkan penduduk untuk
berhubung. Malah tanah tingginya juga agak curam. Disini masih terdapat binatang buas seperti
babi hutan. Oleh yang sedemikian, penduduk jarang terdapat disini.

Thailand


Tanah tinggi:

Di Thailand, tanah tingginya agak curam. Malah, untuk membina petempatan disini agak sukar
kerana memerlukan kos yang agak tinggi dan kedudukannya yang agak terpencil dari kawasan
Bandar. Kadar untuk berkomunikasi amatlah rendah dan selalunya ia dilawati oleh para
pelancong yang inginkan aktiviti mencabar.

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang terdapat pada kajian ini ialah Bersyukur Terhadap Apa Yang Ada.
Kita seharusnya bersyukur terhadap bentuk muka bumi yang telah dikurniakan tuhan
walaupun ia menghalang kita melakukan kegiatan harian kerana ada hikmah disebaliknya.

8.4 kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kampung kenayat

Pencemaran air:::::

Pencemaran berlaku akibat daripada kegiatan pertanian. Pencemaran air berlaku apabila petani
menggunakan baja dan racun serangga untuk meningkatkan hasil pertanian mereka. Apabila
hujan, baja dan racun serangga ini dibawa oleh air hujan ke sungai tali air yang
berhampiran. Akibatnya, hidupan di sungai akan terjejas.

Perubahan pandang darat fizikal/ landskap:::::

Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan. Kampung Kenayat yang
dulunya hanya mempunyai tanah yang luas dan tidak digunakan, kini telah menjadi kawasan
tanaman pokok getah.

Thailand

Pencemaran air:::::

Kesan yang sama juga dialami di Negara Thailand iaitu di Nakhon dan Songkhala.Lanskap
kawasan tersebut berubah, pencemaran sungai berlaku dan kesuburan tanih terjejas.

Peningkatan suhu:::::

Peningkatan suhu di Thailand paling tinggi adalah di Bangkok. Kenaikannya amat mendadak
sekali dari tahun ke tahun.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Nilai yang terdapat pada kajian ini ialah cinta akan alam sekitar. Kita
sepatutnya menjaga alam sekitar di negara yang maju ini supaya maruah bangsa terjaga dan
dipandang tinggi oleh negara lain


8.5 langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

Kampung kenayat


PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam
sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkaraperkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar termasuk pertanian di Kampung Kenayat.

KEMPEN

Penduduk Kampung Kenayat diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.

PENDIDIKAN

Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk Kampung
Kenayat tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan
diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah (Geografi dan Sains)

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (P&P)

Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang baru atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak mencemarkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam. Kampung Kenayat juga menggunakan
teknik untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Thailand

Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kesan
kegiatan manusia terhadap alam sekitar ialah dengan cara tidak menggunakan bom untuk
menjadikan tanah tinggi ke tanah rata malah menggunakan cara tradisional untuk melakukan kerjakerja tersebut kerana ia lebih selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Mengadakan kempen 'Cinta Akan Sungai’ turut memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan pencemaran sungai di negara tersebut.


NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME


Nilai yang terdapat pada kajian ini ialah rasa prihatin terhadap alam sekitar.
Kita sepatutnya mengambil tindakan terhadap pencemaran alam sekitar yang berlaku di
sekeliling kita.


Bahan grafik

JADUAL DATA KAJIAN
( rujuk kepada repoden)

BILANGAN PEKERJAAN DI Kg. KENAYAT
( buat dalam bentuk carta pai atau graf bar)

BIL. JENIS PEKERJAAN JUMLAH
Peladang 10
Pekedai 8
Buruh 8
Penoreh 7
Lain-lain 5
Jumlah 38


Rumusan

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara. Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai. Pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut.

Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah diambil
untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Apabila penduduk melihat
langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut. Saya berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya yang semakin berkembang. Ini memberikan saya keyakinan untuk membuat kerja kursus ini di Kampung Kenayat Saya berharap agar kawasan yang duduki ini semakin berkembang dengan lebih pesat.


Lampiran
(segala bahan yang diberi)


Rujukan

1. buku teks
2. laman web
3. responden yang ditemuramah

5 comments:

  1. Assalamualaikum,Terima Kasih atas bantuan enti.. eh,enta.. eh anda :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih daun keladi kalau boleh mahu lagi

    ReplyDelete
  3. asalammualaikum.......boleh tumpang tanya mcm mn mahu kasi active itu BLogger

    ReplyDelete
  4. terima kasih...anda telah membantu saya...

    ReplyDelete